Antara firman Allah yg bermaksud:
"Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali orang-orang yg beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati dengan penoh kesabaran"
(al-Asr:1-3)
Antara hadis-hadis Rasulullah S.A.W yg menjelaska tentang kepentingan pengurusan masa dgn positif di mana semua manusia akan dipertanggungjawabkan mengenai amanah masa yg telah diberikan di hadapan Allah S.W.T.
Sepotong hadis yg diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a yg bermaksud:
"Setiap hamba di hari qiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi die belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara iaitu: tentang umur, di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu,tentang masa remajanya,bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu,tentang harta,dari mana dia perolehi dan bagaimana ia membelanjakannya, dan tentang ilmu, apakah dia telah beramal dengan ilmunya itu"
Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari,Tirmizi dan Ibn Majah yg bermaksud:
"Dua kenikmatan yg banyak dilalaikan oleh manusia adalah nikmat kesihatan dan masa lapang"
Yusuf al-Qaradhawi dalam tulisannya yg bermaksud:
"Masa berjalan dgn pantas.Masa yg telah berlalu tidak akan datang lg dan tidak mgkin dapat dicari ganti.Oleh itu, masa merupakan harta milik manusia yg paling berharga kerana masa adalah jadual waktu bg setiap pekerjaan dan produktiviti.Di sudut realitinya,masa merupakan hakikat suatu saham permodalan buat individu walaupon masyarakat"
Antara pepatah arab tentag masa
"Masa adalah umpama pedang,sekiranya kamu tidak memotongnya, maka dia akan memotong kamu"
renung-renungkanlah
No comments:
Post a Comment