Monday, May 24, 2010

Cita-Citaku...

~~10 tahun dlu~~

mase tu darjah 6...awal tahun...

setiap kalu awal tahun persekolahan mesti kena kenalkan diri masing2...
tibe giliran aku tuk kenal kan diri...huhu...aku ni takut sikit ,gugup nak bercakap dlm kelas...

" name saye mohd hafifi bin mohd zain
alamat umah ...kg kelubi.........
hobi main badminton...
cita-cita bile besar nak jadi Guru "

tu la cite-citaku sejak dari darjah satu lg...tp smpai sekarang tak tertunai lg...huhu

Thursday, May 20, 2010

Tahukah anda ??

*Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari. (fuyoo...jauh tu)

*Nama paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior
(kalaulah die ni perempuan,beragama islam plak....cnfirm bakal suami die fail sebut name die mase nak akad nikah...alamatnye sampai bile2 la tak kawin..)

*Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.
(hebat tu...leh masuk sukan angkat berat ni)

*Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.
(rajinnye...jadilah mcm lebah..hehe)

*Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.
(patutla lari laju...)

*Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap
(rabun upenye...)

*Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110 km/jam).
(same laju nga moto aku tuh...)

*Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
(ooo..patut le)

*Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.
(patutle merah semacam)

*Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya
(gile lame...kalu yg ade makwe n pakwe tu bulih smpai 4 tahun tuh...sie2 je idup)

*Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.
(cnfirm lucu die lukis)

*Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak
mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.
(isteri2 kat malaysia x nak cube ke??)

*Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.
(oooo...patut la wanita kat malaysia cukur kening gak....kucing mati upenye..bru ku tau)


*Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.
(biase a tu...lelaki labih tggi pade wanita)


*Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
(leh cube ni..)

*Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.
(haa....aku igt minyat gamat lg mujarab)

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
(ooo...minum kopi lebih kurang same la jgak nga isap rokok...bahaye...tp x de la plak tulis kopi membahayakan kesihatan)


Jasa Bonda

Warisan

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah


Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang


Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Tuesday, May 18, 2010

Usaha


USAHA + DOA ---> TAWAKKAL = KEJAYAAN


"Selamat Menghadapi Final Exam tuk Semua"

Thursday, May 13, 2010

Bersyukurlah

Hidup umpama lift

kekadang kite kat bawah

kekadang kite kat atas

bersyukurlah

wlau kat mane kite berada

kerana kite terus berada di situ


Monday, May 10, 2010

Masa

Islam amat menitik beratkan pengurusan masa yang berkesan di dalam kehidupan umatnya.Ini terbukti drp rangkaian ayat Al Quran dan hadith Rasulullah S.A.W yg banyak membicarakan soal masa sebagai peringatan dan panduan umat yg dimuliakan Allah ini.

Antara firman Allah yg bermaksud:

"Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali orang-orang yg beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati dengan penoh kesabaran"
(al-Asr:1-3)

Antara hadis-hadis Rasulullah S.A.W yg menjelaska tentang kepentingan pengurusan masa dgn positif di mana semua manusia akan dipertanggungjawabkan mengenai amanah masa yg telah diberikan di hadapan Allah S.W.T.

Sepotong hadis yg diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a yg bermaksud:

"Setiap hamba di hari qiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi die belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara iaitu: tentang umur, di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu,tentang masa remajanya,bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu,tentang harta,dari mana dia perolehi dan bagaimana ia membelanjakannya, dan tentang ilmu, apakah dia telah beramal dengan ilmunya itu"

Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari,Tirmizi dan Ibn Majah yg bermaksud:

"Dua kenikmatan yg banyak dilalaikan oleh manusia adalah nikmat kesihatan dan masa lapang"

Yusuf al-Qaradhawi dalam tulisannya yg bermaksud:

"Masa berjalan dgn pantas.Masa yg telah berlalu tidak akan datang lg dan tidak mgkin dapat dicari ganti.Oleh itu, masa merupakan harta milik manusia yg paling berharga kerana masa adalah jadual waktu bg setiap pekerjaan dan produktiviti.Di sudut realitinya,masa merupakan hakikat suatu saham permodalan buat individu walaupon masyarakat"

Antara pepatah arab tentag masa

"Masa adalah umpama pedang,sekiranya kamu tidak memotongnya, maka dia akan memotong kamu"


renung-renungkanlah

Masa

Friday, May 7, 2010

Nasyid

Hmm...bru lepas wat report PPCS, sesaje je nk hilangkan poning kepale and rilek2 sikit...so aku update sikit blog ...

Nape aku tulis sal nasyid ??...sebab smbil2 wat keje td aku dok dgr nasyid....tu la psl aku nk share lagu2 nasyid yg best2 yg selalu aku dgr...

Firstly aku nk tulis la skit sal kumpulan nasyid yg aku minat selain lagu2 jiwang2 rock kapak yg aku layan...

Kumpulan nasyid yg paling aku minati

1.Hijjaz
2.UNIC
3.In Team
4.Aeman
5.Raihan
6.Rabbani
7.Akil Hayy
(ikut ranking...stakat ini hijjaz paling best la sbb lgu die byak best...tambah2 suara Munif Ahmad mmg sedap)

Antara lagu2 nasyid yg best2

1. Hijjaz
Permaisuri hatiku, belaian ibu, kau sahabat kau teman, sekuntum kemboja yg gugur, terima kasih ibu ayah, kala subuh,malam,puteriku sayang, Rasulullah, tanpa agama, berkorban demi cinta, pemimpin yg adil,sumaiyah

2.UNIC
Aisya Umairah, Ainul Mardhiah, Balqis, demi cinta suci, sahabat sejati, ke makam bonda, see u di IPT

3.In Team
ratu syuhadah, Siti Khadijah, Halimatus Saadiah, selamatkan dunia, hembusan kasturi, Rabiatul Adawiyah,sutera kasih

4. Aeman
ayah, buatmu ibu, di pondok kecil, jasa guru, terima kasih ayah ibu

5. Raihan
Nabi anak yatim, cinta hakiki, Iktiraf, anak permata, peristiwa subuh,kasih sayang

6.Rabbani
Ibu Mithali


kat bawah ni aku share lirik lagu Ibu Mithali by Rabbani...stakat ni...lagu ni adalah lagu rabbani yg paling best..


Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrahku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Just berkongsi2 lagu2 nasyid yg best2 nga korang..........


Tuesday, May 4, 2010

Masa berlalu pantas...

mase berlalu pantas

kejap je rase smmgu

tup tup dh cukup sebulan

td bgn td bgn dh nk masuk bulan lain

thun bergnti thun

cepatnye mase berlalu

kite je yg x sedar

sbb tu kite x pernah insaf