Friday, May 15, 2009

Gadis Idaman ku……..

Gadisku..,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik , tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang . Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu.. biasa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu ,namun … tak semua bunga yang senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang tapi awas.. duri yang melingkarinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya .

Gadisku ..,
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentingilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah . Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk sebagai ganti alat solek berjenama yahudi dan alangkah indah sekiranya wajahmu yang ayu itu .. berada disebalik tabir ..
dilindungi oleh secebis kain yang tak berharga apa- apa disisi manusia ,namun hakikatnya kau berada dalam perhatian dan pemeliharaan Allah SWT.. keran cuba menghidupkan sunnah sahabiah.. yang telah lama meninggalkan kita . Ingatlah wahai gadisku …barang siapa yang cuba menghidupkan sesuatu sunnah maka sudah pastinya akan tergolong bersama mereka yang mendapat seratus pahala orang mati syahid..Andainya generasi kita tidak cuba mempertahankan warisan itu maka generasi manakah yang sanggup untuk mempertahankanya dalam arus kebejatan sosial yang melanda .

Gadisku ..,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah itu ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya . Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengn sesuatu yang terdedah umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakan dalam suatu bekas yang tertutup sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi .. itu lebih daripada yang terdedah , wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al- Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam .Namun .. untuk mencapai maqam wanita solehah memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ia bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘ title’ gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada . Namun ingatlah gadisku … sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu .Yang penting gadisku , engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqamah.

Gadisku…,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi fitnah kepada kebanyakkan lelaki seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu .Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu ..:"TIDAK ADA SUATU FITNAH YANG LEBIH BESAR DAN LEBIH BERMAHARAJALELA SELEPAS WAFATKU TERHADAP KAUM LELAKI SELAIN FITNAH YANG BERPUNCA DARIPADA WANITA"
Oleh itu gadisku … setiap langkah dan tindakkan mu hendaklah berpaksikan kepada Al-quran dan As-sunnah ,jangan biarkan orang lain mengexploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu .Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum rijal .Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadismu…,
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai .. tapi apabila hatimu diserahkan kepada Allah sudah pasti ia akan bercantum dan bertaut kembali.Dalam seusiamu ,.. sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimah mu … sesungguhnya ilmu itu cahaya ..dan ilmu tak mampu bertapak dalam hati ..orang yang melakukan maksiat.Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang sufi iaitu .. Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :

" CINTAKAN MANUSIA TIDAK AKAN MEWUJUDKAN KEBAHAGIAAN YANG ABADI UTK SEORANG INSAN , KERANA IA TIDAK KEKAL , CINTAKAN MANUSIA SERINGKALI MEMBUATKAN SESEORANG ITU GAGAL KECEWA , MENDERITA DAN TERSEKSA , OLEH ITU TIDAK ADA SUATU CINTA PUN YANG DAPAT MEMBUAHKAN KEBAHAGIAAN DAN KENIKMATAN YANG KEKAL ABADI KECUALI CINTA KEPADA PENCIPTA MANUSIA ITU SENDIRI"

No comments:

Post a Comment